Soalan Lazim

SOALAN LAZIM (FAQ)
CLICKS@PERAK

e-Dompet (e-Wallet) merujuk kepada peranti elektronik atau perkhidmatan dalam talian yang membolehkan seseorang membuat urus niaga secara elektronik

Terminal pembayaran (payment terminal) semua dalam satu merangkumi pembayaran bil dan tambah nilai secara luar talian (Offline)

Mastercard ialah kad prabayar yang dilengkapi fungsi PIN & Cip EMV (“Kad Prabayar”) untuk tujuan pembelian secara fizikal atau pembelian dalam talian di setiap peniaga Mastercard domestik dan seluruh dunia serta boleh melakukan pengeluaran tunai melalui ATM dengan Mastercard Network.

Gerbang pembayaran adalah aplikasi yang menghubungkan pasar dalam talian atau kedai eCommerce ke bank atau institusi kewangan di bawah Bank Negara Malaysia. Ini adalah perkhidmatan pedagang yang boleh menerima atau menolak pembayaran kredit / debit atau fintech.

MPS@USAS atau lebih dikenali sebagai Mahasiswa Perak Sejahtera @ Universiti Sultan Azlan Shah merupakan salah satu program dibawah inisiatif Pelan Perak Sejahtera 2030. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar, graduan dan generasi hadapan Perak terutamanya dari golongan B40 menangani 3 permasalahan yang saling berkaitan iaitu kemiskinan, pemakanan tidak sihat & pengangguran.

e-Dompet Clicks@Perak boleh dimuat turun melalui aplikasi App Store atau Google Play

Terminal pembayaran ini dapat di akses melalui WiFi ATAU plan internet mudah alih dengan Plan RM15 atau RM30 secara bulanan.

Pemohon perlu sediakan Dokumen Salinan Mykad, Salinan Penyata Akaun Bank 1 Bulan, Borang Permohonan, Salinan SSM & Profil Perniagaan, Gambar Premis Luar & Dalam dan hantar borang secara online melalui Google form disini

Program Sekolah Tanpa Tunai di sekolah untuk memupuk sifat celik kewangan dalam kalangan pelajar serta menggalakan pembudayaan tanpa tunai disekolah. Antara sekolah yang dibawah program ini adalah Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA), Kampong Gajah.

Semua peringkat pelanggan sesuai menggunakan produk Clicks@Perak berdasarkan keperluan dan segmen perniagaan seperti usahawan untuk Terminal Pembayaran, pelajar untuk e-Dompet & Mastercard, Agensi & Organisasi untuk Gerbang Pembayaran dan lain-lain.

× Boleh saya bantu?