Cashless School @ SK Marian Convent

Cashless School Programme

Cashless School Programme @ SK Marian Convent

SK Marian Convent menjadi sekolah kedua yang menyertai Program Cashless School selepas kejayaan pelaksanaan program tersebut di SK Jati, yang telah membuktikan keberkesanannya dalam memperkenalkan budaya transaksi tanpa tunai di peringkat sekolah.

Sebagai langkah permulaan, seramai 66 orang murid Tahun 6 telah dipilih sebagai kumpulan perintis bagi menggunakan kad tanpa tunai untuk pembelian makanan dan minuman di kantin sekolah. Inisiatif ini bertujuan membiasakan murid dengan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, selamat dan cekap, selaras dengan perkembangan teknologi serta usaha memperkukuh literasi kewangan digital dalam kalangan generasi muda.

Pelaksanaan Program Cashless School di SK Marian Convent menandakan permulaan kepada transformasi sistem pembayaran di sekolah. Program ini akan diperluaskan secara berperingkat kepada seluruh warga sekolah bagi mewujudkan ekosistem transaksi tanpa tunai yang lebih menyeluruh.

Objektif Program

Objektif Program

Mempercepat & memudahkan proses pemberian wang saku

Ibu bapa boleh mengirimkan wang kepada anak secara atas talian walau dimana mereka berada.

Memantau & Mengurus
Perbelanjaan

Ibu bapa dapat memantau perbelanjaan anak-anak secara atas talian manakala anak-anak dapat menguruskan perbelanjaan harian dengan lebih teratur.

Mencegah
Kecurian Wang

Mengatasi masalah kehilangan dan kecurian wang dalam kalangan pelajar.

Perlaksanaan Program

Cashless School @ SK Marian COnvent

Rakan Kerjasama

Clicks@Perak diasas oleh Digital Perak Corporation Holdings

Sorotan Program