Ujarnya, keputusan tersebut bakal membebankan peniaga kecil di saat rakyat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup masa kini.
Bagaimanapun, Ka Siong turut menambah, DuitNow QR hanya merupakan satu paparan diletakkan di bahagian dinding atau kaunter dan tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan mesin seperti kad kredit selain kos operasi yang ditanggung pihak bank juga berada pada kadar minimum.
“BNM merupakan pemegang saham terbesar dalam PayNet bersama 11 buah bank tempatan yang lain. Bank tempatan yang keuntungannya meningkat dengan ketara setiap tahun tidak perlu bergantung kepada caj MDR untuk menambah keuntungan bank masing-masing.
“Justeru, saya mohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus membawa berita baik ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada Selasa ini.
“Harapan rakyat adalah perkara ini dimansuhkan secara berkekalan,” ulasnya.