Point of Sales sistem Clicks@Perak

Apa itu Point of Sales sistem?

POS Sistem ialah sebuah sistem Point of Sale (POS) yang dibangunkan dan direka khas untuk membantu perniagaan mengurus jualan, inventori, pelanggan, dan operasi harian secara lebih teratur dan automatik.

Sistem ini berasaskan awan (cloud) boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri seperti peruncitan (retail), makanan dan minuman (F&B), kecantikan, farmasi, dan lain-lain.

Sistem mudah alih serba lengkap ini telah digabungkan dengan kedai dalam talian beserta integrasi pembayaran. 

 

Kelebihan

Kelebihan POS Sistem Clicks@Perak

Pemprosesan Pesanan yang Pantas dan Tepat

Kurangkan kesilapan dan percepatkan penghantaran pesanan ke dapur.

Rekod Jualan yang Teratur dan Automatik

Transaksi direkod secara langsung untuk rujukan mudah.

Pengurusan Inventori yang Lebih Efisien

Jejak penggunaan bahan mentah dan elak kehabisan stok.

Peningkatan Pengalaman Pelanggan

Proses pembayaran cepat dengan pelbagai kaedah (kad, e-wallet)

Laporan dan Analisis Perniagaan

Bantu buat keputusan dengan data jualan dan prestasi.

Testimoni Pengguna

Kenapa Pengguna memilih terminal Clicks@Perak?

    Ahmad Raes
    Ahmad Raes

    Pelanggan Terminal

    Terminal Clicks@Perak melancarkan proses pembelian di premis kami. Selain itu, terminal ini mempunyai reka bentuk antara muka yang mudah untuk dikendalikan.

      Nur Aina
      Nur Aina

      Pelanggan Terminal

      Penggunaan Terminal Clicks@Perak telah meningkatkan bilangan pelanggan di kedai kami terutamanya dari golongan anak muda. Hal ini berkemungkinan kerana generasi masa kini lebih selesa dengan pembayaran secara digital.

        Kevin Ang
        Kevin Ang

        Pelanggan Terminal

        Terminal Clicks@Perak ini mudah untuk dikendalikan. Selain itu, yuran sewaan yang dikenakan sangat berpatutan dan mampu milik. Pihak Clicks@Perak juga sangat pantas untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan.

        Soalan Lazim (FAQ)

        Terminal Pembayaran Clicks@Perak adalah perkhidmatan yang disediakan untuk peniaga dan usahawan bagi memudahkan mereka menerima pembayaran tanpa tunai melalui pelbagai kaedah seperti kad debit, kredit, dan e-dompet.

        Terminal Pembayaran Clicks@Perak boleh digunakan oleh semua jenis peniaga, dari perniagaan kecil dan sederhana hingga perniagaan besar, yang ingin menyediakan kaedah pembayaran digital kepada pelanggan mereka.

        Kelebihan utama termasuk:

        • Kemudahan Transaksi: Menerima pelbagai kaedah pembayaran tanpa tunai seperti kad dan e-dompet.
        • Rekod Kewangan Terurus: Semua transaksi direkodkan secara digital, memudahkan pengurusan kewangan.
        • Keselamatan Transaksi: Mengurangkan risiko penyimpanan wang tunai dan meningkatkan keselamatan dalam urusan perniagaan.

        Peniaga perlu mendaftar dengan Clicks@Perak melalui laman web atau aplikasi. Setelah pendaftaran diluluskan, terminal pembayaran akan disediakan untuk dipasang dan digunakan di premis perniagaan.

        Terdapat caj transaksi yang rendah dikenakan ke atas setiap pembayaran yang diterima melalui terminal ini. Caj bergantung kepada jenis transaksi dan kaedah pembayaran yang digunakan oleh pelanggan.

        Terminal Pembayaran Clicks@Perak menyokong pelbagai jenis pembayaran termasuk:

        • Kad Kredit/Debit: Seperti Mastercard, Visa.
        • E-Dompet: Seperti Touch 'n Go, GrabPay, Boost, dan e-dompet Clicks@Perak sendiri.

        Ya, Clicks@Perak menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan perkhidmatan pelanggan bagi membantu peniaga dalam menguruskan dan menggunakan terminal pembayaran dengan lancar.