e-Dompet (e-Wallet) adalah satu inovasi yang memudahkan urusan kewangan harian. Dengan e-Dompet, pengguna boleh menyimpan maklumat kad kredit atau debit mereka dengan selamat, membuat pembayaran tanpa tunai, serta menghantar dan menerima wang dengan mudah.
Selain itu, aplikasi Clicks@Perak turut menawarkan kemudahan e-Dompet untuk memudahkan penduduk Perak dalam melakukan transaksi harian seperti pembayaran bil, pembelian dalam talian, dan banyak lagi. Dengan aplikasi ini, segala urusan kewangan anda dapat dijalankan dengan cepat dan selamat, sekaligus menyokong inisiatif menuju masyarakat tanpa tunai di Perak.
Proses pembayaran bil & tambah nilai menjadi lebih pantas
Reka bentuk antara muka yang ringkas dan mudah digunakan
Rekod transaksi akan disimpan sebagai sumber rujukan masa hadapan.
Tidak perlu beratur di ATM & Mengurangkan risiko kecurian.
Pengguna e-Dompet
Aplikasi yang meyakinkan serta mempunyai antara muka (UI) yang baik dan bagus.
Pengguna e-Dompet
Proses pembayaran menggunakan aplikasi ini lebih mudah dan selamat.
Pengguna e-Dompet
e-Dompet memudahkan pengguna untuk melakukan proses pembayaran bil dan cukai disetiap PBT di Negeri Perak.
e-Dompet Clicks@Perak adalah platform pembayaran digital yang membolehkan pengguna membuat pembayaran tanpa tunai dengan mudah dan selamat. Ia direka untuk memudahkan transaksi harian melalui peranti mudah alih.
Pengguna perlu memuat turun aplikasi Clicks@Perak, mendaftar akaun, dan menambah dana ke dalam e-dompet. Selepas itu, anda boleh membuat pembayaran di mana-mana premis yang menerima E-Dompet Clicks@Perak hanya dengan imbasan kod QR atau menggunakan aplikasi tersebut.
Kelebihan utama termasuk:
e-Dompet Clicks@Perak boleh digunakan di pelbagai premis yang menyokong pembayaran digital di seluruh Perak. Ia diterima di kedai-kedai, restoran, pasar raya, dan perkhidmatan dalam talian yang bekerjasama dengan Clicks@Perak.
Tiada caj tambahan dikenakan untuk membuat pembayaran menggunakan e-Dompet Clicks@Perak. Walau bagaimanapun, caj tertentu mungkin dikenakan oleh peniaga atau platform pihak ketiga bergantung kepada jenis transaksi yang dilakukan.
Anda boleh menambah dana ke dalam e-Dompet Clicks@Perak melalui kad kredit, kad debit, atau pindahan wang secara dalam talian. Aplikasi ini menyediakan beberapa pilihan untuk memudahkan pengguna dalam mengisi semula baki e-dompet mereka.
Ya, e-Dompet Clicks@Perak menggunakan teknologi enkripsi terkini untuk memastikan setiap transaksi selamat. Data peribadi dan kewangan pengguna dilindungi dengan ketat, dan setiap transaksi melalui e-dompet diproses dengan pengesahan yang sah.
Selain pembayaran di kedai dan restoran, E-Dompet Clicks@Perak juga boleh digunakan untuk validasi parkir di seluruh negeri Perak, serta membayar bil utiliti seperti bil air, elektrik, dan bil ASTRO. Ini memudahkan pengguna untuk menguruskan keperluan harian mereka hanya melalui satu platform.