Clicks@Perak

Melangkah Maju Ke Arah

Cashless Society !

Apa itu Clicks@Perak ?

Clicks@Perak merupakan salah satu inisiatif pintar yang dibawakan oleh Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) bagi memperkasakan teknologi digital dalam kalangan masyarakat di Negeri Perak selaras dengan matlamat utama Pelan Induk Perak Sejahtera 2030.

Hal ini demikian merupakan salah satu pendekatan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi di Negeri Perak kekal mampan dan terus berkembang pesat dengan memperkenalkan proses pembayaran secara atas talian untuk semua transaksi yang berlaku di negeri ini secara berperingkat. 

Pada tahun 2019, Wabak Covid-19 telah melanda negara dan dunia sekaligus telah mempengaruhi tingkah laku pengguna dan mengubah landskap pembayaran di Malaysia. Untuk mengelakkan sebarang sentuhan fizikal, proses pembayaran tanpa tunai semakin menjadi pilihan masyarakat.

Oleh itu, Digital Perak telah bekerjasama dengan MobilityOne Sdn. Bhd. (MobilityOne), sebuah syarikat fintech tempatan, bagi menjayakan inisiatif ini. Majlis pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Digital Perak dan MobilityOne telah diadakan pada 9 Oktober 2020.

Clicks@Perak menawarkan 4 ekosistem pembayaran berbeza yang dapat memudahkan urusan transaksi seharian. Antaranya ialah e-Dompet, Terminal Pembayaran, Kad Debit & Gerbang Pembayaran.

Pemboleh Daya Ekonomi Digital

Pelan Perak Sejahtera 2030

Communicative

Data raya sebagai sumber dan penyimpanan maklumat

Smart People

Pendigitalan sebagai pemangkin penyampaian maklumat dan perkhidmatan

Strategy

Penyampaian dan pemantauan sebagai sistem pelaksanaan

Latar Belakang Syarikat

Digital Perak & MobilityOne

Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak)(dahulu dikenali sebagai KPerak INC Corporation) ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan syarikat menurut jaminan dibawah Kerajaan Negeri Perak. 

YAB Menteri Besar Perak merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah manakala ahli terdiri daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak dan YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak.

Digital Perak bertanggungjawab melaksanakan polisi dan pembangunan teknologi maklumat dan telekomunikasi Negeri Perak

MobilityOne (M1), yang diasaskan pada 2003 ialah syarikat berstatus MSC dan telah disenaraikan di Bursa Saham London.

M1 juga merupakan salah satu penyedia perkhidmatan pembayaran terbesar di Malaysia dengan perolehan jualan melebihi RM1 bilion.

Selain itu, M1 turut mengendalikan perkhidmatan pembayaran digital dan teknologi kewangan di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan PayNet seperti e-wang, perolehan peniaga, pemprosesan pembayaran dan pengiriman wang.