Berita Terkini

Bukankah Mudah Guna Pembayaran Tanpa Tunai

Pelbagai aplikasi yang menyediakan kaedah pembayaran online kini menjadi keperluan kepada hampir setiap individu dewasa di negara ini. - Gambar hiasan

PERKHIDMATAN menerusi kaunter sama ada bank, pejabat kerajaan mahupun entiti perniagaan menjadi satu-satunya pilihan yang ada pada kita kira-kira 20 tahun lalu.

Selari dengan peredaran zaman, kini semua itu sudah berubah, daripada kita membayar bil utiliti di pejabat pos – era mengeluarkan duit menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) – pemindahan kepada akaun ketiga di ATM – dan akhirnya kini semua urusan berkenaan dilakukan hanya di hujung jari.

Tanpa perlu beratur panjang atau perlu berurusan pada waktu operasi dan hari tertentu, kini semuanya memerlukan aplikasi dalam telefon bimbit.

Pengalaman beratur di bank, mengambil nombor giliran serta mengeluarkan wang kecil dari saku untuk pembayaran di kaunter akan hanya tinggal kenangan di sebalik kehadiran kaedah yang lebih mudah dan menjimatkan masa, di mana saja.

Sumber : Sinar Harian Online