MiPAY Mastercard ialah kad prabayar yang dilengkapi fungsi PIN & Cip EMV (“Kad Prabayar”) untuk tujuan pembelian secara fizikal atau pembelian dalam talian di setiap peniaga MasterCard domestik dan seluruh dunia serta boleh melakukan pengeluaran tunai melalui ATM dengan MasterCardNetwork.
Untuk menambah fungsi penggunaan Kad Prabayar, anda juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai ‘Aplikasi MiPAY’. Sebaik sahaja anda memautkan Kad Prabayar anda dengan Aplikasi, anda akan dapat menikmati ciri yang dipertingkatkan berikut melalui Aplikasi: